Palsu

Ada satu hal tentang palsu -- kekal.

Then I came across this pick up line,
"I will stop loving you when the fake flowers die."
Kbai.

Tapi, 
Palsu ini sebenarnya tidak beremosi.
Tidak sensitif.
Jiwa kental mungkin.

Mana ada bunga palsu menunjukkan tanda kelemahan? --
Layu?
Tanpa air pun boleh hidup.
Mana perlu kasih sayang tangan manusia.

Tapi, sekuat dia pun.
Dia takkan membesar, kan?

Hmm, bunga betul pula remeh kan?
Perlu jaga segala macam.
Lemah!
Tapi kalau dijaga, disayang?
Dengan perasaan dia membesar.
Kerana kasihnya dia pada yang menjaga.

Kental itu tak sesekali beritma dengan ego.
Perasaan itu hal besar.
Sensitiflah dengan keadaan.
Sensitiflah dengan Tuhan.

Ehem ehem,
Kita bunga APA?