Kecintaan

Cinta adalah satu hal manipulasi.
Antara kau nak atau tak.
Kalau kau nak,
Bergerak lah kau menerima segala.
Kalau kau taknak,
Bergerak lah kau membenci apa adanya.

Bercinta itu hal mudah.
Kepingan kecil kesefahaman itu yang memudahkan.
Bukan ego besar yang mematahkan.
Pada akhir waktu, kita hidup bukan dengan keindahan masing-masing,
Tapi dengan kelemahan masing-masing.

Tapi yang paling penting,
Cinta itu tidak datang dari satu pihak.
Masakan akan tumpah kari kambing kalau seimbang periuknya.
Over sunggoh kiasnya tu.
But you get me,
Because you guys always do.

Sayang. Sangat.
Taktau nak kata apa dah.

Aim: Tuhan

Hidup berlangkah ni,
kena bertatihkan Tuhan,
bukan manusia.

Kalau sebab manusia,
lama mana je yang kau akan melangkah?
sampai kalau manusia tu mati,
kau akan lumpuh selama?
kau akan keruh selama?

Bertatihkan diri pun akan binasa,
Mampu ke nak lawan nafsu berjuta?
Mampu ke nak tepis paradoks diri?
Macam mana tak hilang arah kalau bertuhankan diri sendiri?

Apa jadi kalau kau bertatihkan Tuhan?
Selama Tuhan ada, selama tu titik bahagia tak pudar.
Selama tu, harapan tak pernah layu.
Sebab kau ada impian,
Impian kau nak melangkah demi Tuhan.

Dan kau ada matlamat jelas.
Kau nak syurga.
Lebih kurang macam ni,
Kau lapar, tapi kau tak makan,
Agak-agak kau kenyang tak?
Kalau kau goyang kaki sampai ke sudah, 
Agak-agak perut kau terisi tak?

Tuhan tak pernah akan siakan iman kau,
Tuhan tahu payah,
Tuhan sayang kau.
Tuhan cinta kau.
Bersabarlah demi Tuhan
Kau ingat Dia, Dia pun ingat kau.