Aim: Tuhan

Hidup berlangkah ni,
kena bertatihkan Tuhan,
bukan manusia.

Kalau sebab manusia,
lama mana je yang kau akan melangkah?
sampai kalau manusia tu mati,
kau akan lumpuh selama?
kau akan keruh selama?

Bertatihkan diri pun akan binasa,
Mampu ke nak lawan nafsu berjuta?
Mampu ke nak tepis paradoks diri?
Macam mana tak hilang arah kalau bertuhankan diri sendiri?

Apa jadi kalau kau bertatihkan Tuhan?
Selama Tuhan ada, selama tu titik bahagia tak pudar.
Selama tu, harapan tak pernah layu.
Sebab kau ada impian,
Impian kau nak melangkah demi Tuhan.

Dan kau ada matlamat jelas.
Kau nak syurga.
Lebih kurang macam ni,
Kau lapar, tapi kau tak makan,
Agak-agak kau kenyang tak?
Kalau kau goyang kaki sampai ke sudah, 
Agak-agak perut kau terisi tak?

Tuhan tak pernah akan siakan iman kau,
Tuhan tahu payah,
Tuhan sayang kau.
Tuhan cinta kau.
Bersabarlah demi Tuhan
Kau ingat Dia, Dia pun ingat kau.