Aku dulu

"La yukallifallahu nafsan illa wus'aha." 


Aku dulu, pernah patahkan kaki sendiri bagi tidak mahu berjalan.
Aku dulu, pernah koyakkan peta kehidupanku biar aku menghala jauh dari haluanku.
Aku dulu, pernah menavigasikan kehidupan aku kepada zero biar aku tak bangkit lagi.
Aku dulu, pernah matikan hati nurani biar jiwa aku tidak lagi luka.
Aku dulu, pernah hancurkan tangan sendiri agar tak perlu menadah simpati lagi.



Tapi, Tuhan itu penuh cinta, seperti aku yang tak perlu apa-apa cuma Tuhan. Tuhan tak pernah pandang aku seperti aku pernah putus harapan, Tuhan tetap menghujani aku dengan cintaNya walau aku sering alpa untuk bercinta denganNya. Tuhan, izinkan aku untuk terus bercinta bersamaMu. Tariklah aku, tariklah kami jika kami alpa. Sungguh benar janjiMu, takkan Kau bebani kami melebihi apa yang kami mampu.