Ahh Sudah

Apa aku nak terjemah,
Kalau aku tak jamah,
Mahupun mamah,
Bahasa Kau megah.

Kosong jiwa aku,
Aku tahu Kau tahu,
Kau tahu apa aku perlu,
Kau tahu degil aku.

Apa ini Tuhan?
Aku tak salahkan,
Kasi aku ertikan,
Penat aku fahamkan.

Kau sayang,
Aku tahu tak renggang,
Pada Kau aku berulang,
Terima aku datang.