Kecilan

Kerja kita merhizome hati, apalah sangat.
Kalau nak banding dengan mereka yang menyumbang pingat.
Apalah sangat kita punya keringat,
Tak semacam membantu sejagat.

Usaha kita serupa tak dilihat,
Takpelah kita gerak bawah darat,
Bukan nak sangkal adanya peminat,

Isu patriotisme jadi bualan hangat,
Seakan yang membantah tiada kudrat,
Hukum agama siap diperalat,
Yang menegur dituduh sok malaikat.

Apa kita boleh buat?