Tabah gagah

Bagai terhenti degup aku seketika,
Mendengar khabar engkau derita,
Kau susuk manusia pembina,
Roboh dek uraian air mata.

Aku ini bukan simpati,
Aku cuma kalau boleh mahu kongsi,
Derita yang kau tanggung sendiri,
Takmau aku engkau alami lagi.

Kau gagah berdiri megah,
Tapi hati kau tengah merapuh,
Pulang aku patut merubah,
Tapi aku pun bingung berbagi belah.

Langit engkau semacam takkan cerah,
Matahari, bulan dan bintang seakan menyerah,
Pada yang kuasa kau malah pasrah,
Kau terima takdir walau susah.

Ketahuilah wahai ibu,
Kau tetap punya Tuhan dan aku,
Tuhan takkan tinggalkanmu,
Aku pula takkan membatu.

Tabahlah wahai emak,
Walau jalan kau penuh onak,
Tetaplah berdiri tegak,
Moga ganjaranmu bertamak.

Sabarlah wahai umi,
Mohonlah pertolongan Tuhan dengan sobri,
Dan solat tiang jati diri,
Diakan ada disisi,
Lebih dekat dari kau punya nadi.

Moga berterus amalmu,
Moga berterus sabarmu,
Moga berterus doamu.
Moga berterus pergantunganmu.
Allah sedang mempersiapkanmu,
Untuk hal yang lebih besar menantimu.