Bukan rakyat

Ditakluk bahasa jajah,
Manifestasi dia bukan darjah,
Tapi kalau diterjemah,
Semacam tidak munasabah.

Pertiwi bukan mudah,
Kalau jiwa tak telaah,
Di balik pembesar suara sudah,
Hai goyah?

Duduk di bangku mewah,
Tak semacam bagi faedah,
Cuba kalau sama sama kerah,
Mungkin kena perbetul fikrah.