Terima kasih, Tuhan

Saya duduk sorang dekat airport. 
Hampir 12 jam.
dapat 3 jam internet percuma,
agak risau tapi Tuhan punya rahmat meluas,
sampai ke naik flight ke kelantan Dia tak putuskan wifi.
Terima kasih Tuhan.
Tapi macam zombi jugak la.
Dengan kiosk makanan pun belum bukak.
Yelah, landed jam 0000.
Cantek.

Saya memang terlupa langsung.
Saya takde cash.
Alamak nak hidup kat Mesia kena ada duit.
Alhamdulillah saya tak lupa pincode BIMB.
Dapatlah saya keluarkan satu not hijau.
Saya yakin kalau makan ni, 
Lesaplah dalam rm20,
Saya pikir saya ni lagi penting dari duit.

Saya tunggu depan secret recipe,
3 jam sebelum kedai bukak,
Taktido langsung,
Insecure sikit kot.
Lepastu saya pindah ke Old Town,
sebab dekat sikit dengan surau,
surau dia bukak pukul 6pagi.
Apabenda la nak makan ni.
Saya renung lama menu kat situ.
Dan tahu saya perlukan kopi,
untuk lagi 5 jam.

Beg besar saya sorong,
Cari meja untuk seorang, 
takdelah nampak lonely.
malangnya takde.
ada meja untuk 4.
saya parking kat situ,
dan decide untuk makan nasi lemak sambal sotong,
dengan secawan kopi.
Memang cari penyakit makan sotong sensorang ni.
Lepastu kopi dia memang kaw.
Saya bayar rm22.
tapi gembira dengan bakinya,
menyebabkan not-not duit tu beranak,
dan beraneka warna.
walau jumlahnya tak lagi besar.
life is how you viewed it.

Baru saya sedar saya makan dalam slowmo,
sebab makan sorang,
sambil perhati orang,
dengan bayi bertangisan,
ahh Malaysia.
kenapa menyedihkan.
Tapi sambal sotong dia sedap.
Alhamdulillah Tuhan bagi tekak ceni.
Nasib baik nasi lemak tu tak berkuah air mata.

Sudah makan,
saya beransur ke surau,
dengan harapan saya benar seorang,
saya dah ready nak keluarkan air mata,
tapi perghh jemaah haji semayang subuh pulee,
saya duduk saf belakang,
perhati tunduk bangun tetamu Tuhan.
saya rasa semacam muslimin tengah jemaah,
tapi sebab keadaan agak celaru,
takbir nya time bila pun saya taktahu.
Takpelah.
Tiba masa untuk saya duduk,
buka kitab untuk munajat,
terus ditegur adik kecil,
kak tolong jaga barang saya.
Itu kali pertama aku senyum,
sejak berpisah dengan rombongan.
terima kasih tuhan, 
kurniakan seseorang untuk bersuara.
kedut saya makin kurang.

Selesai amanah kecil itu,
saya keluar dari surau,
mencari lagi erti hidup seorang hamba,
berpusing saya dalam airport,
saya rasa kalau saya tak tukar baju ni,
nescaya saya akan dikesan security,
ke sana ke mari dengan beg besar.
Akhirnya lepas beberapa pusingan,
sudah jam 730.
saya pegi ke kaunter check in.
lepaslah beban saya menolak beg itu.
Alhamdulillah.
lepastu saya nampak kfc 24 hours.

Selepas itu semuanya agak smooth.
Sampailah saya ke gate.
Ramai orang time tu,
saya tak rasa nak beramah mesra,
hanya senyum kelat,
takut makcik-makcik tu terasa,
dengan mata saya yang agak kuyu.
tiba-tiba tanpa saya sedar,
saya keseorangan.
eh dorang tukar gate ke,
menyesal saya tak tegur tadi.
lepastu baru saya rasa kopi kaw ni betul-betul kaw,
saya berlari sampai ke hujung mencari kot-kot ada perubahan,
tapi kat board tu dia tulis flight sampai pukul 1050 je,
flight saya 1055.

saya mengheret kaki kembali ke gate tadi.
betul takde orang.
mungkin sebab saya awal sangat.
taktaulah.
saya serahkan semua pada Tuhan,
rasa malu sikit je,
sebab tak usaha sampai habis pun,
saya pasang telinga untuk mendengar announcement.
agak penat jugak 
bila satu announcement dalam 4 bahasa, direpeat lagi.

tiba-tiba ramai orang membanjiri gate tu.
saya takde hati nak tanya,
tapi terlihat boarding pass,
dan dialect percakapan antara mereka,
saya tahu mereka punya destinasi sama dengan saya.
tiba-tiba ada 4 orang texan uncles berada di tepi saya,
saya gembira sendiri.
ini adalah antara bucketlist saya.
untuk mendengar accent cowboy secara live.
terima kasih lagi sekali Tuhan.

Sedang rancak mereka berbual,
beruntunglah mereka saya tak dapat tangkap,
tiba-tiba ada seorang yang agak berusia datang,
dah takde tempat duduk kat luar gate tu,
saya rasa rugi tak tutup mata,
tapi Tuhan tahu kalau saya tutup mata ni,
saya akan rasa bersalah seumur hidup,
dan sebab saya takutkan rejection,
saya bangun dari tempat duduk
dan buat-buat ke tandas.
Terima kasih lagi sekali Tuhan.
saya fikir kalau saya mati time dalam flight nanti,
at least saya ada buat sesuatu.

Sejurus saya kembali ke gate,
gate dibuka.
saya pun menunjukkan identity sama boarding pass.
saya dah tak sabar nak balik.
duduk dalam gate pulak,
banyak kali betul saya duduk,
memang hobi,
makcik kat sebelah mengumpan untuk berbual,
kasihankan dia,
saya abaikan mata kuyu, juga kulit pucat ni.
saya senyum dan cuba menggamit setiap perkataan yang disebut.
saya agak wengweng ketika itu.
takut pula saya agak responsive yang tidak betul.
nasib baik saya analisis dulu.

akhirnya, sudah 1035, masa untuk saya naik flight.
Tolonglah saya nak tido kejap je Tuhan.
Saya duduk seat 9F tepi tingkap.
Rasa dah lama tak amek gambar menghala ke tingkap.
alhamdulillah dapat jugak amek gambar awan kat atas tu.
Subhanallah cantik sangat.
Disebelah saya, takde orang.
Disusuli seorang lelaki.
Saya bersyukur, takde masalah untuk saya tido ni.
Tiba-tiba ada bunyi dari seat depan.

Sudahhh budak 3 tahun merengek.
Saya biarkan saja.
Biarlah takpe, ni baru harmoni dunia.
Tapi budak tu intai belakang,
Takkan saya nak buat selamba badak,
Saya ajak dia aucak,
Dia makin lincah.
Risau gak ni seatbelt pun dia tak pakai.
Lama jugaklah pengaucakan itu berlangsung.
Sampailah time nak landing,
Dia tanak jugak duduk,
Sebagai manusia, saya risau kot kot landing japgi harsh sikit.
Saya ajak dia duduk dengan saya,
dia panjat kerusi tu dan disambut oleh saya.
Saya takde apa nak offer sebagai mainan.

Akhirnya dia bertindak sendiri,
Dia selongkar poket kerusi,
tempat saya simpan quran.
Dia ambil quran saya,
dan menyelak.
dia rasa tertarik dengan sticky flags yang saya tampal dalam quran.
saya biarkan saja dia dengan imaginasi dia.
sambil saya mengajar al-fatihah.
lembut betul lidah dia ikut sama.
Moga Tuhan rahmati adik sekeluarga.

Landing juga akhirnya dan dia selamat dalam pelukan saya.
Agak cuak la sikit sebab anak orang,
kang kena saman on the spot saya mana ada duit.
bila kapal terbang dah berenti, dia tanak turun.
Dia tanak ikut mak ayah dia.
Sudah adakah ini bermakna saya akan membawa tanggungan baru pulang ke rumah?
Dan dia nakkan quran saya.
Saya cuba memancing,
Meminta dia letakkan quran tu dalam beg.
Alhamdulillah berjaya.
Saya lambai dan dapat mmuah sebijik.
Saya tunggu dia keluar dulu baru saya keluar.
Saya taknak jalan kat belakang dia.
Memori ni sakit nak dilepaskan.

Saya turun tangga,
tunggu beg, agak lama.
Saya dah makin sabar dalam menunggu.
Dan saya heret beg ungu itu yang kian usang,
menemui keluarga tercinta.
Eh abah takde lah.
Ada umi, cik ngan Farah.
saya peluk semua macam saya tak pernah jumpa dorang.

saya dah tak penat dah.
mungkin penat ni umi yang absorb,
so saya offer untuk drive,
dalam 2 jam jugaklah saya drive.
Sampai rumah pukul 2 gitu.
Hah panasnya Malaysia hahahaha.
saya harap esok hujan.

Nak tunggu memang menyeksakan. Apalagi bila kita dah rasa benda ni sangat lah dekat ngan kita. Saya lalui series of penungguan yang tak dijangka on my way home. Hampir 48 jam saya tersadai tanpa tempat mastautin. Tapi, bila kita dah tersangat biasa menunggu, kita dah tanak merungut ataupun mengeluh. Tuhan ni power, Dia tahu banyak benda yang saya kena tunggu dalam hidup ni, He awesomely replies with a pinch of tarbiyyah, "Fatin Nabila, jangan gelojoh sangat.".Sebab kita yakin, Tuhan punya perancangan itu paling baik sekali. Dia tahu waktu bila kita boleh handle sesuatu benda tu. Dan paling best, time menunggu tulah kita jumpa Tuhan. Harapnya bila dah sampai destinasi, masih lagi bersama Tuhan :)